Tuesday, January 18, 2011

:: Pengenalan Kepada Amalan Asuhan di Taska Balqis ::

       Kanak-kanak mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang paling pesat  ketika berumur antara 0-4 tahun. Asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa & pengasuh memainkan peranan yang sangat penting dalam proses ini. Di samping itu, persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Terdapat pelbagai amalan asuhan kanak-kanak, namun persoalannya amalan asuhan yang manakah diamalkan di TASKA BALQIS?

       Froebel percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya & pembentukan peribadinya dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Oleh itu, alat permainan kanak-kanak harus dipilih dengan teliti bagi memastikan perkembangan kanak-kanak adalah sihat.

      Dr. Maria Montessori pula berpendapat bahawa kanak-kanak berkembang melalui proses sentuhan, mencuba & menggunakan peralatan khas serta persekitaran yang tersusun.

      Glen Doman  berpegang kepada prinsip bahawa perkembangan intelek kanak-kanak dapat dirangsang dengan penggunaan flash card.

       TASKA BALQIS di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia mengamalkan amalan asuhan kanak-kanak yang memberi tumpuan kepada perkembangan menyeluruh seseorang kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal, sosio-emosi, kognitif & bahasa. Amalan ini memberi tumpuan kepada tahap kebolehan & kesediaan seorang kanak-kanak melalui persekitaran aktiviti yang dirancang. Aktiviti di TASKA BALQIS merangkumi semua aktiviti yang dinyatakan oleh Froebel, Dr. Maria Montessori & Glen Doman. Oleh itu, di TASKA BALQIS, kami percaya bahawa amalan asuhan yang kami amalkan adalah yang terbaik bagi anak anda.


1 comment:

  1. assalammualaikum puan. job dekat taska puan still available ke? :)

    ReplyDelete